Tauhid merupakan perkara paling utama berkaitan tanggungjawab orang yang mengaku beragama Islam. Ia adalah maksud yang terkandung di dalam rukun Islam pertama: Penyaksian bahawa tiada yang berhak disembah dan dilakukan ibadat kepadanya melainkan ALLAH.
Kesemua amalan ibadat dilakukan manusia -seperti solat, zakat, puasa, haji, sedekah dan lain-lain- tidak diterima ALLAH melainkan ianya dibina di atas tauhid. Amalan yang bercampur dengan syirik, ianya terbatal dan tidak diterima ALLAH.
Oleh itu, mempelajari tauhid dan perkara yang bertentangan dengan tauhid -iaitu syirik- merupakan perkara yang paling penting. Ianya asas mencapai redha ALLAH dan kejayaan meraih ganjaran syurga.
Kaedah-kaedah memahami tauhid dan apa itu syirik telah disusun oleh Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab di dalam risalah beliau “Al-Qawaid Al-Arba’”. Ianya merupakan risalah yang menjelaskan tentang hakikat tauhid dan perbezaannya dengan amalan syirik berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis. Umat Islam yang membacanya dapat memahami -dengan izin ALLAH- apakah bentuk kesyirikkan yang dilakukan musyrikin terdahulu.
Semoga syarahan ditulis penulis bagi kaedah-kaedah tersebut membantu pembaca memahaminya dengan betul, seterusnya dapat beramal dengannya demi mencapai redha ALLAH dan ganjaran syurga di hari kiamat.
Penulis:
Zulhizam bin Mohd Hashim غَفَرَ اللَّهُ لَهُ وَلِوَالِدَيهِ
12 Zulhijjah 1444H bersamaan 30/6/2023
Be the first to review “KAEDAH MEMAHAMI TAUHID (SYARAH RISALAH AL-QAWAID AL-ARBA’)”