SIAPAKAH HAJURIYUN/HAJAWIRAH

Sangat menghairankan urusan sebahagian manusia. Mereka mempermainkan akal orang-orang awam dengan ibarat-ibarat seperti antaranya: “Pengikut al-Hajuri”. Selalu kamu melihat ibarat ini di dalam risalah-risalah mereka (Al-Hajuri dan para pengikutnya.. dll). Apabila kamu melihat ibarat-ibarat ini, kamu menyangka bahawa para pengikut al-Hajuri itu adalah anak-anak kecil berusia 9 tahun atau 15 tahun atau mereka itu orang-orang jahil atau mereka itu orang-orang yang tidak memiliki akal atau mereka itu seperti haiwan ternakan yang berjalan ke mana sahaja yang diarahkan oleh penggembalanya.

Sangat menghairankan urusan kalian. Orang-orang yang kalian sifatkan mereka sebagai para pengikut al-Hajuri itu adalah para ulama dan masyaikh dari kalangan murid-murid Imam al-Wadi’i yang telah beruban janggut-janggut mereka di dalam dakwah kepada Allah. Antara mereka ada yang telah menuntut ilmu dengan al-Wadi’i selama 10 tahun, sebahagian mereka 5 tahun dan yang paling sedikit 2-3 tahun.

Di sini akan saya sebutkan sebahagian ulama Dakwah Salafiyyah yang kalian sifatkan sebagai “Para Pengikut al-Hajuri” itu:

1. Al-Syaikh al-Jalil, al-‘Alim al-Nabil, Faris al-Tahqiq: Abu ‘Amru ‘Abdul Karim Al-Hajuri, seorang Syeikh yang fakih, muhaddith, pemilik karya dan kitab-kitab yang bermanfaat lagi menyenangkan, penghafal Kitab Allah, beliau menghafal Sahih al-Bukhari dan Muslim. Beliau seorang penulis yang memiliki kitab-kitab yang bermanfaat yang menunjukkan kepada keahlian beliau untuk berijtihad. Beliau mengelola Markiz al-Wadi’i di Haswayn, al-Maharah [Yaman]. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

2. Fadhilat al-Syaikh, al-‘Alim, al-Zahid, al-Mutawadhi’: Jamil al-Silwi. Beliau dahulu yang selalu menggantikan Syeikh Yahya di Dammaj. Beliau juga yang mengelola Markiz Kitaf dan sekarang beliau mengelola Markiz al-Muhawalah di al-Sabihah, [Yaman]. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

3. Fadhilat al-Syaikh, al-‘Alim, al-Faqih: Zayid al-Wusabi, pemilik kitab Misk al-Khitam dalam 5 jilid. Beliau mengelola Markiz al-Sunnah di Abyan, [Yaman]. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

4. Fadhilat al-Syaikh, al-Nahwi, al-‘Alim, al-Sadi’ bi al-haq: Abu Bilal al-Hadrami. Beliau memiliki Dar yang subur dengan ilmu dan Sunnah di Hadramaut dan ramai penuntut ilmu yang kuat telah menamatkan pengajian dengan beliau. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

5. Fadhilat al-Syaikh, al-‘Alim, al-Mufti: Abu ‘Ammar Yasir al-Duba’i yang telah ditazkiah oleh Imam al-Wadi’i dengan ucapan beliau: “Alim Mukalla”. Beliau mengelola dakwah di bandar Mukalla dan Allah telah memberikan manfaat dengan beliau. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

6. Fadhilat al-Syaikh, al-‘Alim, al-Sunni, al-Athari, al-Thabt: Muhammad bin Mani’ semoga Allah menyembuhkan beliau dan melanjutkan umur beliau untuk ketaatan kepada-Nya. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

7. Fadhilat al-Syaikh, al-‘Alim, al-Faqih, al-Ghayyur: ‘Abdul Hamid al-Zu’kuri. Beliau memiliki kitab-kitab yang bermanfaat seperti Syarah Bulugh al-Maram dalam 10 jilid, Syarah ‘Umdat al-Ahkam dalam 5 jilid, Tafsir al-Quran dalam 4 jilid dan selain itu berupa kitab-kitab yang bermanfaat dan ini antara kitab-kitab beliau yang terbesar. Beliau mengelola Markiz al-Sahabah, [Ghaidah, Yaman]. Beliau sempat menuntut ilmu bersama Imam al-Wadi’i pada 2 tahun terakhir atau lebih sedikit kemudian beliau teruskan menuntut ilmu bersama Imam al-Hajuri.

8. Fadhilat al-Syaikh, al-Habr: Fath al-Qadasi, pemilik pelajaran-pelajaran yang menyenangkan. Beliau memiliki kitab-kitab dan karya-karya yang bermanfaat, yang paling terkenalnya adalah 2 matan dalam ilmu Sorof. Beliau mengelola Markiz al-Mujahid di Ta’iz, [Yaman]. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

9. Fadhilat al-Syaikh, Husain al-Hatibi al-Yafi’i, seorang pendakwah dan pempengaruh. Beliau memiliki kitab-kitab yang bermanfaat, antaranya Syarah al-Baiquniyyah, Syarah al-Tahawiyyah dan kitab Taj al-Mukallal berisi faedah-faedah daripada Syeikh kami Muqbil. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

10. Fadhilat al-Syaikh, al-Walid: Ahmad bin ‘Uthman al-‘Adani dan beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i yang lama dalam dakwah. Beliau termasuk ulama Sunnah dan telah diutuskan oleh Syeikh al-Wadi’i untuk berdakwah di kota ‘Aden dan sampai sekarang beliau di ‘Aden sebagai pengajar dan pendakwah, kukuh di atas Sunnah. Beliau mengelola Masjid al-Jami’ al-Kabir al-Buraiqa, [‘Aden, Yaman].

11. Fadhilat al-Syaikh, al-Faqih: Hasan Ba Syu’aib. Seorang Syeikh yang kukuh, membela dan mempertahankan Sunnah dan ahlinya. Beliau teguh di dalam banyak fitnah [yang berlaku di dalam Dakwah Salafiyyah]. Beliau mengelola Masjid Imam al-Wadi’i di al-Deis al-Syarqiyyah, [Yaman].

12. Fadhilat al-Syaikh: ‘Abdul Khaliq al-‘Imad. Syeikh Salafi dan kukuh [di atas Sunnah]. Beliau memiliki kitab-kitab yang bermanfaat. Beliau mengelola Markiz Qisyn, al-Maharah, [Yaman]. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

13. Fadhilat al-Syaikh, al-Faqih, al-Hakim: ‘Abdullah al-Iryani. Allah telah banyak memberikan manfaat dengan beliau baik di Yaman mahupun di luar Yaman. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

14. Fadhilat al-Syaikh Jum’an Lahmar, termasuk daripada masyaikh Sunnah. Beliau mengelola sebuah markiz di Sai’un, [Yaman].

15. Fadhilat al-Syaikh al-Faqih: Muhammad Ba Jammal, pemilik kitab-kitab yang bermanfaat dan karya-karya yang menyenangkan. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

16. Fadhilat al-Syaikh ‘Abdul Karim al-Hasani. Beliau termasuk daripada masyaikh Dakwah Salafiyyah. Beliau memiliki risalah-risalah dan karya-karya yang bermanfaat.

17. Fadhilat al-Syaikh al-Walid al-Hakim: Sami Dzaiban. Beliau mengelola Masjid al-Salam di sisi Syeikh ‘Uthman. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

18. Fadhilat al-Syaikh al-Faqih, al-Faradhi: ‘Abdul Wahhab al-Syamiri. Beliau dahulu sebagai kadi di Dammaj. Juga termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i.

19. Fadhilat al-Syaikh ‘Abdul Rahman al-Syamiri. Beliau mengelola dakwah dan markiz di Ta’iz. Beliau memiliki kitab-kitab yang bermanfaat, antaranya: Syarah Lum’at al-I’tiqad dan kitab Ithaf al-Wa’izh dalam 2 jilid.

20. Fadhilat al-Syaikh, al-Faqih, al-Naqid al-Basir: Abu Bakr al-Hammadi. Beliau memiliki kitab-kitab yang banyak dan perbahasan yang melampaui 70 risalah. Beliau seorang penulis, antara karya beliau yang terpenting: Ithaf al-Sa’il dalam 6 jilid, Syarah Mudzakkirah al-Syinqithi, taklik terhadap kitab Sifat Solat Nabi karya al-Albani, dan kitab Ithaf Ahl al-Ijtihad. Beliau memiliki bantahan yang baik ke atas para pengikut hawa nafsu dan bidaah. Beliau mengelola Markiz al-Tauhid di Ibb. Beliau tidak sempat menuntut ilmu dengan al-Wadi’i dan tidak juga al-Hajuri, beliau belajar di sisi al-Syaibani kemudian apabila al-Syaibani menyimpang, beliau meninggalkannya dengan memperingatkan daripada thariqah-nya.

21. Fadhilat al-Syaikh ‘Adnan al-Masqari. Beliau termasuk masyaikh Dakwah Salafiyyah yang mengelola Markiz al-Salam di Tanzania dan termasuk yang bersungguh-sungguh dalam ilmu dan menulis. Beliau memiliki kitab dan perbahasan yang banyak. Beliau juga memiliki siaran Telegram tersendiri yang menyiarkan kitab-kitab beliau, antaranya: kitab Al-Sahih al-Musnad min Tafsir al-Salaf, belum lagi dicetak, ukurannya besar barangkali 6 atau 7 jilid. Beliau termasuk daripada murid-murid Imam al-Wadi’i kemudian al-Hajuri.

22. Fadhilat al-Syaikh Muhammad al-Ansi. Seorang Syeikh yang memiliki usaha yang bermanfaat. Beliau menggantikan Syaikhuna Yahya di Markiz al-‘Amud. Beliau sekarang di Lahj, di Masjid al-Athar.

23. Fadhilat al-Syaikh ‘Abdul Razzaq al-Nahmi. Seorang mustafid, Syeikh, seorang yang memiliki kezuhudan dan merupakan ahli ibadah berdasarkan apa yang kami nilai. Beliau mengelola Markiz Ahli Sunnah di Thur al-Bahah.

24. Fadhilat al-Syaikh, al-Faqih Hasan bin Qasim al-Raimi. Beliau termasuk ulama Dakwah Salafiyyah. Beliau termasuk murid-murid al-Wadi’i, Muhammad Aman al-Jami dan selain mereka di Arab Saudi.

25. Fadhilat al-Syaikh ‘Abdul Basith al-Raidi, pemilik kitab-kitab yang bermanfaat dan pelajaran-pelajaran yang menyenangkan.

26. Fadhilat al-Syaikh ‘Ali al-Hajjaji, pengelola Markiz Basyair al-Khair, [Sana’a, Yaman].

27. Fadhilat al-Syaikh Muhammad al-Qaisi, pengelola Markiz al-Fath di Sana’a, [Yaman].

28. Syeikh Abu Hatim Yusuf al-Jazairi. Beliau termasuk masyaikh Dakwah Salafiyyah. Beliau memiliki usaha yang bermanfaat dan sekarang mengelola dakwah di negara Jazair. Beliau termasuk murid-murid al-Hajuri.

29. Syeikh Rashad al-Dhali’i, pengelola Markiz di wilayah Dhali’, [Yaman]. Beliau termasuk murid-murid al-Hajuri.

30. Syeikh Bassam al-Hubaisyi, pengelola Markiz al-Mudi di Mudharabah al-Sabihah, [Yaman].

31. Fadhilat al-Syaikh Abu Malik al-Jabjabi, pengelola markiz al-Sunnah di Yakhtal al-Mukha, [Yaman].

32. Fadhilat al-Syaikh al-Bahith: Faisal al-Hasyidi. Beliau memiliki kitab-kitab dan perbahasan-perbahasan yang sangat banyak barangkali lebih daripada 20 kitab dalam ilmu al-raqaiq (pelunakan hati), adab, balaghah, dan khutbah. Beliau seorang Syeikh yang bisu dan tuli tidak boleh mendengar.

Mereka yang disebutkan ini kebanyakannya merupakan murid-murid al-Wadi’i. Sebahagian mereka ada yang menuntut ilmu dengan beliau selama 10 tahun, sebahagian mereka 5 tahun dan yang tidak sempat menuntut ilmu dengan beliau dalam waktu yang lama, menuntut ilmu pula dengan al-Hajuri barangkali lebih dari 10 tahun. Sedikit sahaja daripada mereka yang disebutkan yang tidak sempat bersama Syeikh Muqbil. Kebanyakan mereka adalah masyaikh dan ulama yang telah beruban janggut-janggut mereka di dalam dakwah dan Allah telah memberikan manfaat dengan mereka di Yaman dan di luar Yaman. Selain mereka [yang disebutkan] masih banyak dan kami tidak dapat menyebutkan semuanya kerana kesempitan waktu namun mereka yang disebutkan ini adalah yang paling terkenal, paling terkehadapan dan paling tua umurnya, ramai dari kalangan mereka yang telah menjadi datuk.

Artikel asal: https://t.me/hiopjfkphv/3980

Terjemahan: Wan Shahir Wan Perwira