PERBEZAAN LELAKI DAN WANITA MENURUT KITAB ALLAH

Sesungguhnya pada akhir zaman ini telah muncul banyak sekali seruan yang mengajak kepada kebatilan, antaranya ialah seruan kepada persamaan lelaki dan wanita. Golongan yang menyeru kepada malapetaka ini telah mendakwa bahawa kaum lelaki dan wanita adalah sama dan tidak ada perbezaan di antara mereka. Ini adalah satu dakwaan buruk yang sangat bertentangan dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana ia adalah natijah daripada perbuatan tasyabbuh bi al-kuffar (meniru perbuatan orang kafir) dan menempuh jalan mereka. Allah subhanahu wata’ala telah menjelaskan di dalam kitab-Nya akan banyak sekali perbezaan di antara lelaki dan wanita. Tidak ada yang mengajak kepada seruan jahat ini melainkan salah satu daripada dua golongan sebagaimana yang disebutkan oleh Fadhilah al-Syaikh Yahya bin Ali al-Hajuri hafizahullah di dalam kitab beliau: “Kasyf al-Wa’thaa bi Zajr al-Khubatha’ al-Da’in ila Musawah al-Nisa’ bi al-Rijal” yang kesimpulannya adalah:

1) Para transgender yang bersikap lembik dan mengubah ciptaan yang telah Allah tentukan bagi dirinya.

2) Para penipu yang berkepentingan yang sekadar ingin memuaskan nafsu syahwatnya dengan menampakkan kononnya mereka adalah golongan yang memperjuangkan hak wanita.

Berikut ini disebutkan beberapa ayat daripada kitab Allah tentang jelasnya perbezaan di antara lelaki dan wanita yang juga dinukil daripada kitab Kasyf al-Wa’thaa” karangan Fadhilah al-Syaikh Yahya bin Ali al-Hajuri hafizahullah


1) Firman Allah:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Al-Nisa : 32)

2) Dan firman Allah:

Maksudnya: “(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”. Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).” (Ali Imran : 35-36)

3) Dan firman Allah:

Maksudnya: [Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.] Al-Nahl : 97

4) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan…” (Ali Imran : 195)

5) Dan firman Allah:

Maksudnya: “…orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan…” (Al-Baqarah : 178)

6) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari kalangan lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.” (Al-Nisa’ : 124)

7) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap wanita, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.” (Al-Ra’d : 8)

8) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.” (Al-Nahl : 58)

9) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan..” (Al-Hujurat : 13)

10) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)? Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.” (Al-Najm : 21-22)

11) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan…” (Al-Nisa’ : 11)

12) Dan firman Allah:

Maksudnya: “(Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Ia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar.” (Al-Isra’ : 40)

13) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu – perempuan?” (Al-Saffat : 150)

14) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.” (Al-Syura : 49)

15) Dan firman Allah:

Maksudnya: “…Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu…” (Al-Baqarah : 222)

16) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Dan apabila kamu menceraikan para wanita (isteri-isteri kamu), lalu habis masa idah mereka ‘ maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka…” (Al-Baqarah : 232)

17) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan…” (Ali-Imran : 14)

18) Dan firman Allah:

Maksudnya: “…Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat…” (An-Nisa ’: 3)

19) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib…” (Al-Nisa’ : 4)

20) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati…” (An-Nisa’ : 11)

21) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan..” (Al-Nisa’ : 19)

22) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan…” (Al-Nisa’ : 34)

23) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (Al-Nisa ’: 43)

24) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa’ : 129)

25) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur : 60)

26) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).” (An-Nisa’ : 75)

27) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Ahzab : 59)

28) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka…” (Al-Hujurat : 11)

29) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.” (Al-Baqarah : 49)

30) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.” (An-Baqarah : 223)

31) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 226)

32) Dan firman Allah:

Maksudnya: “Orang-orang yang ‘ziharkan’ isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (Al-Mujadilah : 2)

Ayat-ayat ini semua menunjukkan akan terangnya perbezaan di antara lelaki dan wanita dan bahawasanya mereka tidak sama walaupun dalam permasalahan hukum-hakam, segala perintah dan larangan yang ditujukan kepada kaum lelaki juga berlaku kepada kaum wanita secara amnya kecuali yang dikhususkan oleh syarak. Wallahu al-Musta’an.


Tulisan: Wan Shahir Wan Perwira

Download kitab “Kasyf al-Wa’thaa bi Zajr al-Khubatha’ al-Da’in ila Musawah al-Nisa’ bi al-Rijal” karangan Syeikh Yahya bin Ali al-Hajuri hafizahullah di sini (nombor 3).